Lebih 15.6 juta individu dewasa terima dos penggalak Covid-19


Setakat semalam seramai 15,613,982 individu dewasa atau 66.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima dos penggalak Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2022.

SEBANYAK 15,613,982 individu dewasa atau 66.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sejumlah 22,948,364 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,224,510 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,848,270 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi manakala 2,945,627 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,305,766 individu atau 36.8 peratus kumpulan itu menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Sebanyak 31,595 dos vaksin diberikan semalam meliputi 13,054 dos pertama; 890 dos kedua dan 17,651 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,675,263.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 34 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Johor dan Kedah mencatatkan jumlah kematian tertinggi masing-masing enam kes, diikuti Selangor lima kes dan Perak tiga kes.

Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing merekodkan dua kes manakala Kelantan dan Melaka masing-masing satu kes. – Bernama, 27 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen