21,839 kes baharu Covid-19 


Noel Achariam

Jumlah kes baharu Covid-19 menurun kepada 21,839 kes berbanding 24,316 kes yang direkodkan sehari sebelumnya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mac, 2022.

MALAYSIA menyaksikan sedikit penurunan dalam jumlah kes baharu Covid-19 dengan 21,839 kes direkodkan semalam berbanding 24,316 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman web CovidNow ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,101,081.

Selangor merekodkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 10,842 kes diikuti Kuala Lumpur (1,586) dan Pulau Pinang (1,277).

Negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan adalah Johor (1,235), Sarawak (980), Kedah (845), Negeri Sembilan (1,134), Kelantan (378), Pahang (608), Perak (1,201), Sabah (372), Terengganu (438), Melaka (686), Labuan (80), Perlis (47), dan Putrajaya (130).

Negara ini juga menyaksikan penurunan kes kematian Covid-19 kepada 52 berbanding 64 kematian sebelum ini menjadikan jumlah kematian kepada 34,717.

Selangor merekodkan kematian paling ramai dengan 11 kes. Ini diikuti Johor (8), Kedah (8), Pahang (6), Perak (6), Pulau Pinang (4), Kelantan (2), Sabah (2), Negeri Sembilan ( 1), Perlis (1), Melaka (1), Sarawak (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian direkodkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam, terdapat 269,389 kes aktif, dengan 5,710 orang dimasukkan ke hospital.

Daripada jumlah ini, 291 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), 188 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 26 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen