Mereka tidak suka muka saya, kata Hamzah


Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin kecewa RUU pindaan Sosma dibentang olehnya tidak mendapat sokongan ahli Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mac, 2022.

MENTERI Dalam Negeri Hamzah Zainudin hari ini berkata penyokong kerajaan yang tidak mengundi pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana “tidak suka muka” beliau.

Ahli Parlimen Larut itu berkata beliau kecewa dengan ahli Parlimen yang tidak hadir untuk mengundi.

“Sudah tentu, saya tidak gembira. Sebahagian daripada mereka sudah berada di dalam dewan. Saya boleh namakan mereka. Mereka baru keluar semasa undi belah bahagi. Itu tidak adil.

“Alasan yang mereka berikan ialah tidak suka muka saya,” katanya kepada pemberita di pusat latihan polis hari ini.

Pada Rabu, Parlimen menolak rang undang-undang (RUU) yang dibentangkan oleh Hamzah untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Sosma selama lima tahun. Rang undang-undang itu ditolak dengan undian 86-84.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, ketika mengumumkan undian, menyatakan 50 ahli Parlimen tidak hadir.

Fahmi Fadzil (Lembah Pantai-PH) berkata pemimpin besar Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak antara yang tidak mengundi RUU itu.

“Menurut saksi, ahli Parlimen yang tidak hadir semasa RUU pindaan Sosma termasuk Zahid (Bagan Datuk-BN), Najib (Pekan-BN), Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN) dan Ahmad Maslan (Pontian-BN).

“Mereka adalah antara 31 ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir semasa pengundian,” kata Fahmi. – 25 Mac, 2022.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen