KKM lapor 1,264 kemasukan hospital Covid-19


Kadar kebolehjangkitan atau Rt Covid-19 kini berada pada 0.91, dan hanya Selangor melaporkan Rt lebih daripada 1.06. – Gambar fail The Malaysian Insighht, 25 Mac, 2022.

SERAMAI 1,264 orang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, yang mana lebih 60% daripada mereka dalam kategori 1 dan 2, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Terdapat 777 (61.5%) pesakit kategori 1 dan 2 di hospital manakala baki 487 atau 38.5% adalah pesakit kategori 3,4 dan 5.

Secara keseluruhan, kini terdapat 6,019 kemasukan ke hospital kerana Covid-19 dan 321 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Dua wilayah dan 4 negeri turut merekodkan penggunaan ICU melebihi 50%.

Negeri terbabit adalah Putrajaya (100%), Kuala Lumpur (67%), Selangor (59%), Perlis (55%), Johor (53%) dan Kelantan (52%).

Dalaam pada itu, daripada 24,316 kes jangkitan baharu yang dilaporkan semalam, 54.69% (13,299) berada dalam kategori 1, 44.68% (10,865) dalam kategori 2, dan 153 (0.63%) dalam kategori 3. 4 dan 5.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) berada pada 0.91, dan hanya Selangor melaporkan Rt lebih daripada 1.06. – 25 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen