TERDAPAT 1,341 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, dengan lebih 50% daripadanya melibatkan Kategori 1 dan 2, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Terdapat 799 kemasukan ke hospital (59.6%) melibatkan Kategori 1 dan 2, manakala 542 bagi Kategori 3,4 dan 5.
Pakar kesihatan berkata trend pesakit Kategori 1 dan 2 mungkin melibatkan pesakit berisiko tinggi dan warga emas.
Secara keseluruhan, terdapat 6,051 kemasukan ke hospital akibat Covid-19.
Terdapat 332 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara, mewakili 38% ruang katil ICU.
Sementara itu, Noor Hisham berkata 189 pesakit menggunakan ventilator, 21% daripada kapasiti.
Noor Hisham berkata penggunaan ICU di dua wilayah dan tiga negeri melebihi 50%: Putrajaya (100%), Kuala Lumpur (67%), Johor (59%), Selangor (57%) dan Kelantan (52%).
Bagi Putrajaya, hanya terdapat tiga katil ICU dan ketiga-tiganya sudah penuh, katanya.
Daripada 22,491 jangkitan yang dilaporkan semalam, Noor Hisham berkata 165 kes adalah dalam Kategori 3,4 dan 5.
Sementara itu, kadar jangkitan (Rt) adalah 0.9, dengan hanya Selangor melaporkan Rt lebih 1.0, bermakna lebih ramai orang dijangkiti virus berbanding yang pulih. – 24 Mac 2022.– 24 Mac, 2022.
Komen