KKM lapor 22,491 jangkitan baharu Covid-19


MALAYSIA mencatatkan 22,491 jangkitan baharu Covid-19 semalam, meningkat daripada hari sebelumnya 21,483, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Laman web CovidNow juga menunjukkan 65 kematian dilaporkan, dengan 15 melibatkan kematian di luar hospital.

Angka baharu itu menjadikan kes aktif di negara ini berjumlah 248,863 manakala jumlah kematian ialah 34,600.

Pangkalan data GitHub menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 10,240 jangkitan, diikuti Kuala Lumpur (1,991) dan Pulau Pinang (1,229).

Sarawak mencatatkan 1,252 jangkitan, diikuti Kedah (1,240), Perak (1,213), Negeri Sembilan (1,116), Johor (1,031), Pahang (892), Melaka (573), Kelantan (516), Terengganu (492), Sabah ( 388), Perlis (106), Labuan (73), dan Putrajaya (69).

Daripada 65 kematian itu, 12 dilaporkan di Selangor, 10 di Johor dan 11 di Perak.

Kematian juga dilaporkan di Melaka dan Pahang, yang masing-masing mencatatkan lima kematian, diikuti Kedah (4), masing-masing tiga di Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur, dua di Pulau Pinang, dan masing-masing satu di Kelantan, Perlis, Terengganu dan Labuan.

Tiada kematian dilaporkan di Putrajaya.

Kemasukan ke hospital berjumlah 6,061 setakat semalam, dengan 332 di unit rawatan rapi dan 189 menerima bantuan pernafasan. – 24 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen