Keputusan tunjuk BN kuat di luar bandar, Pakatan makin lemah di bandar


Chan Kok Leong

Ketua penyelidik Prof Mohd Yusri Ibrahim berkata undi Melayu untuk BN naik kepada 61%, sementara undi Cina dan India juga meningkat 14% dan 28%. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 24 Mac, 2022.

BARISAN Nasional (BN) kekal kuat di kawasan luar bandar manakala Pakatan Harapan (PH) masih mendominasi kerusi bandar walaupun cengkamannya di bandar dan undi bukan Melayu kian, menurut tinjauan Ilham Centre.

Ketua penyelidik Prof Mohd Yusri Ibrahim berkata bukan saja undi Melayu untuk BN meningkatkan kepada 61%, malah undi Cina dan India juga meningkat secara drastik masing-masing sebanyak 14% dan 28%.

PH sebaliknya, menyaksikan kemerosotan teruk dengan bahagian undi Melayu jatuh 16% manakala undi Cina dan India masing-masing jatuh 19% dan 33%.

“Satu perkara menarik yang kami dapati semasa tinjauan ini, apabila kami menemubual pengundi India, majoriti mereka memilih Umno dan bukannya MIC,” kata Yusri dalam satu forum semalam.

“Mereka nampaknya lebih selesa dengan Umno berbanding MIC. Pilihan kedua mereka ialah DAP.”

Dalam tinjauan yang dikeluarkan sehari sebelum pilihan raya Johor, Ilham Center meninjau 1,391 pengundi dan meramalkan kemenangan BN di 35 kerusi. BN menang 40 daripada 56 kerusi DUN Johor.

Walaupun BN menang besar di Johor, namun ia cuma memperoleh 42% undi popular berbanding PH (29%) dan Perikatan Nasional (PN) (23%).

Walaupun BN menang besar di Johor, namun ia cuma memperoleh 42% undi popular berbanding PH (29%) dan PN (23%). – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mac, 2022.

Dapatan Ilham itu mengesahkan analisis selepas pilihan raya kerusi yang dimenangi mengikut etnik.

Dalam 70% kerusi Melayu, BN menang 13 manakala PN cuma dua. Dalam 50-70 peratus kerusi Melayu, BN menyapu 21 manakala PH dan PN masing-masing menang satu. Di kerusi majoriti bukan Melayu, PH menang 12 berbanding BN enam.

Pada pilihan raya 2018, PH menang semua 15 kerusi majoriti bukan Melayu dan 20 daripada 50%-70% kerusi Melayu manakala BN dan PAS masing-masing menang empat dan satu. Dalam 70% kerusi Melayu, BN menang 15 manakala PH menang satu.

“Tidak seperti BN yang boleh kerah pengundi luar bandar dan lebih ramai pengundi Melayu, PH gagal yakinkan majoriti pengundi bandar dan bukan Melayu untuk keluar.

“Satu lagi punca penurunan undi Melayu adalah disebabkan kemunculan PN sebagai pesaing BN untuk undi Melayu,” kata Yusri. – 24 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen