KKM lapor 21,483 kes baharu Covid-19, 73 kematian


Noel Achariam

MALAYSIA menyaksikan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan 21,483 kes direkodkan semalam berbanding 17,828 sehari sebelumnya.

Menurut laman web CovidNow ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,032,435.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 7,452 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (3,433) dan Sarawak (1,547).

Negeri lain yang turut mencatatkan jangkitan ialah Johor (927), Kedah (1,219), Negeri Sembilan (1,061), Kelantan (609), Pahang (959), Perak (1,170), Sabah (402), Terengganu (584), Melaka (536), Labuan (93), Perlis (131), Pulau Pinang (1,295) dan Putrajaya (65). 

Negara ini juga menyaksikan sedikit peningkatan kes kematian akibat Covid-19 kepada 73 kes berbanding 63 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah kematian kepada 34,535.

Perak melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan 19 kes, diikuti oleh Johor dan Selangor (masing-masing 11), Kedah (9), Pulau Pinang (8), Kelantan, Melaka, Sabah and Terengganu (masing-masing 3) dan Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak (masing-masing 1).

Tiada kematian dilaporkan di Pahang dna Wilayah Persekutuan.

Sehingga tengah malam terdapat 252,671 kes aktif dengan 6,617 dimasukkan ke hospital. Daripada jumlah ini 339 berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 209 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat juga 32,561 kes pulih direkodkan. – 23 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen