KEADAAN kesihatan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang telah disahkan positif Covid-19 pada Ahad lepas, kini semakin baik.
Adun Batu Buruk Muhammad Khalil, yang juga anak Abdul Hadi, berkata ahli Parlimen Marang itu sedang menjalani kuarantin di kediamannya selama tujuh hari.
“Baru malam tadi saya bercakap dengan beliau (Hadi), keadaannya semakin baik, demam pun semakin sembuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, hari ini.
Khalil berkata bapanya yang berusia 75 tahun hanya mengalami gejala ringan, iaitu demam, batuk dan selesema. – Bernama, 22 Mac, 2022.
Komen