Najib belum bayar kompaun SOP Covid-19, kata Khairy


Khairy Jamaluddin berharap Najib Razak menerima 4 lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang sebelum ini enggan diterima oleh pegawainya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mac, 2022.

NAJIB Razak masih belum membayar kompaun kerana melanggar SOP Covid-19, manakala empat lagi kompaun sudah dihantar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata demikian dalam ciapannya di Twitter sebagai respons kepada laporan berita mengenai aduan Najib yang Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengenakan kompaun pada Kongres Kebangsaan DAP pada Ahad atas kesalahan serupa.

Najib melalui Facebook mempersoalkan mengapa KKM tidak mengenakan kompaun kepada Lim Kit Siang dan ahli DAP lain kerana melanggar SOP Covid-19 ketika kongres parti pada Ahad.

Lim mengumumkan persaraannya daripada pemilihan politik dan memeluk ramai orang. Gambar adegan penuh emosi ini dikongsi di media sosial.

Foto kongres DAP juga menunjukkan ahli parti berdiri rapat tanpa penjarakan sosial.

KKM di bawah Khairy mengenakan kompaun kepada beberapa ahli politik Umno dan Barisan Nasional kerana melanggar SOP Covid-19. – 22 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen