RAMAI belia tidak yakin dengan merosakkan undi, ia akan menjadi satu tindakan yang berfaedah walaupun kempen #UndiRosak menjadi tajuk utama masa kini dan membimbangkan ahli politik semua parti.
Mereka percaya kempen media sosial, walaupun menerima pelbagai reaksi dalam talian, tidak akan memberi kesan besar kepada pilihan raya umum.
Seorang penyelidik berusia 29 tahun yang hanya mahu dinamakan sebagai Hilmi berkata kempen itu tidak akan mengganggu struktur politik di negara ini kerana kekurangan data yang tepat mengenai bilangan aktivis #UndiRosak.
“Mungkin kempen hanya terdiri 0.001% daripada pengundi. Kita (boleh) hanya membuat spekulasi terhadap kempen tetapi kita tidak mempunyai data spesifik mengenainya.
“#UndiRosak akan wujud tetapi ia tidak akan menjejaskan struktur atau keadaan politik,” katanya kepada The Malaysian Insight selepas forum mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan oleh Merdeka Centre di Petaling Jaya malam tadi, yang memfokuskan mengenai kempen #UndiRosak.
Forum itu diadakan bersempena “Youths’ Civic-Democratic Empowerment Project 2018”.
Beliau juga berkata rakyat mempunyai hak menganjurkan kempen di sebuah negara yang demokrasi, tetapi mereka harus memberi tumpuan kepada gambaran lebih besar dan hanya politik.
“Apa yang perlu kita fikirkan, adakah ini (kempen) satu penyelesaian? Adakah ini akan mengubah keadaan politik di Malaysia?” tambah Hilmi.
Seorang lagi penonton, Carlson Chew Yee Herng, 24, berkata kempen itu bukanlah alternatif yang berdaya maju kerana beliau harus tahu undi mereka adalah penting.
“Jika anda tidak mengundi, kerajaan akan dipilih dan lebih baik mempunyai satu yang anda boleh terima dengan bukannya yang sama tanpa sebarang hasil,” katanya.
Graduan universiti itu juga berkata para belia “terlalu optimis” dengan kempen itu dengan memikirkan perubahan dalam kerajaan akan berlaku melalui kempen.
“Mereka fikir kerajaan akan mendengar mereka. Suara mereka kuat, tetapi ia akan menjadi sukar,” katanya.
Sementara itu, Salman Mohd Yusop berkata kempen itu bukanlah satu masalah terlalu besar yang boleh menjejaskan kerajaan tetapi ia adalah perkara yang boleh mempengaruhi pemuda agar tidak mengundi, walaupun tidak mengetahui kesan jangka panjang tindakan mereka.
“(Kempen) mungkin menjadikan mereka berfikir untuk mengelak daripada mengundi, tetapi mereka tidak melihat kesannya dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata pelajar berusia 23 tahun itu.
Turut hadir di forum itu ialah Fadiah Nadwa Fikri daripada Malaysia Muda, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Lim Yi Wei dan Pengarah Program Team Selangor Divya Devi.
Fadiah berkata #UndiRosak boleh dilihat sebagai alternatif yang boleh memberi manfaat kepada negara jika dilakukan dengan betul.
“Satu wacana mengenai #UndiRosak membantu kita memahami apa itu demokrasi, demokrasi sebenar untuk rakyat,” katanya.
Lim berkata beliau lebih bimbang terhadap mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi.
“#UndiRosak adalah hak mereka, tetapi kita harus mengawasi apa yang sedang berlaku di sana.
“Apakah kelemahan dalam sistem yang menghalang demokrasi? Kita perlu melihat sistem secara keseluruhan,” katanya.
Divya berkata mereka yang menyokong #UndiRosak tidak sedar yang mereka mempunyai peluang atau kemampuan mengubah keadaan dengan membuang undi.
Pada masa ini terdapat kempen di media sosial yang menggesa rakyat membuang undi rosak sebagai protes kerana kekurangan pilihan atau kualiti calon yang tidak baik.
Selain #UndiRosak, tag lain yang menjadi trending di media sosial termasuk #SpoiltVote, #ProtesPRU dan # GEProtest. Pihak kerajaan dan pembangkang menyuarakan kebimbangan mengenai kempen itu.
Perdana Menteri Najib Razak menggesa rakyat Malaysia mengelak daripada merosakkan undi semasa pilihan raya dan memberitahu mereka agar memilih berdasarkan pihak mana yang banyak membawa kepada pembangunan negara.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keadaan politik semasa harus menyuarakan rasa tidak puas hati kepada parti dan bukannya memboikot pilihan raya.
Beliau berkata akan mengkaji rungutan aktivis #UndiRosak selepas Tahun Baru Cina.
Penganalisis dan aktivis menyatakan dengan memboikot PRU14, ia hanya akan membantu Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya akan datang. – 11 Februari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan