Sewa berasaskan kaum normal, walau negara sudah 60 tahun merdeka


Low Han Shaun

Sikap memilih penyewa berdasarkan kaum menjadikan penyatuan bangsa sukar dan menyebabkan Malaysia tidak bersedia menangani isu dunia yang semakin pelbagai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Februari, 2018.

KETIKA M. Ravinathan mencari rumah sewa di Kepong, berhampiran Kuala Lumpur yang didominasi kaum Cina, kebanyakan tuan rumah enggan membenarkannya menyewa kerana etniknya.

Semasa lelaki berusia 32 tahun itu bertanya mengapa orang India dibenarkan menyewa, mereka memberitahu ia disebabkan “baunya” atau kerana bimbang dia tidak dapat membayar sewa.

Ravinathan bukanlah satu-satunya yang berdepan perkauman yang melampau. Menurut satu kajian oleh Pesuruhajaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Jerald Joseph, menyewa berasaskan kaum semakin berleluasa.

Tuan tanah juga memberitahu The Malaysian Insight amalan itu “diperlukan”, mendakwa bakal penyewa mencari tempat yang mempunyai syarat untuk kaum India, Cina atau Melayu sahaja.

Amalan itu, kata Joseph, mencerminkan kegagalan pentadbiran Barisan Nasional (BN) mengubah sikap rasis yang tetap sama sejak kemerdekaan 60 tahun yang lalu.

Perkauman yang berlaku menyebabkan penyatuan bangsa negara menjadi sukar dan menjadikan Malaysia tidak bersedia menangani dunia yang semakin pelbagai, kata Joseph.

“Pemikiran kita adalah lebih mudah untuk kekal atau terlibat dengan kaum kita sendiri,” katanya.

Sikap ini, di samping bentuk perkauman dan diskriminasi yang lain, akan meluaskan jurang pemisahan dan rakyat Malaysia akan hilang sikap menghargai kepelbagaian.

“Kekuatan watak anda bukannya berkumpul dengan golongan anda sendiri, tetapi ia adalah keupayaan untuk menjadi diri anda di tengah-tengah kepelbagaian.

“Apabila menyewakan tempat, anda mencari orang yang baik dan mereka datang dari semua etnik. Mencari kaum tertentu untuk menyewa rumah tidak menjamin dia bukan orang yang gila,” katanya. – 11 Februari, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen