Kit Siang disahkan positif Covid-19


Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin mengikut protokol biasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2022.

AHLI Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang disahkan positif Covid-19, kata Setiusasaha Politiknya Syahredzan Johan hari ini.

Ujian RTK Covid-19 yang diambil beliau di Parlimen pagi tadi menunjukkan keputusan positif dan Lim kemudian mengambil ujian PCR yang turut mengesahkan jangkitannya.

“Beliau sudah menerima vaksin dan juga dos penggalak dan setakat ini hanya mengalami simptom ringan seperti batuk.

“Beliau kini dikuarantin mengikut protokol kuarantin biasa,” kata Syahredzan dalam satu kenyataan sambil menambah Lim memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Pemimpin berusia 82 tahun itu semalam menghadiri kongres kebangsaan DAP di mana beliau mengumumkan persaraannya dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – Bernama, 21 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen