KES jangkitan harian Covid-19 turun untuk hari kedua berturut-turut dengan 22,341 kes baharu semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Pada Jumaat, negara melaporkan 27,004 kes jangkitan hariian.
Laman web CovidNow menunjukkan angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sejak pandemik, kepada 3,974,019 kes.
KKM turut melaporkan 85 kematian berkaitan Covid-19 semalam, dengan 23 adalah kematian di luar hospital.
Kes aktif pada masa ini sebanyak 283,276 sementara kematian 34,329 kes.
Daripada jumlah kes baharu, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 7,366, diikuti Kuala Lumpur (3,078) dan Pulau Pinang (1,928).
Negeri lain ialah Negeri Sembilan (1,405), Perak (1,403), Kedah (1,353), Johor (1,286), Sarawak (1,177), Pahang (1,009), Melaka (639), Kelantan (540), Sabah (421), Terengganu (413), Putrajaya (128), Perlis (123) dan Labuan (72).
Kematian turut dilaporkan di Johor (18) followed by Perak (17), Selangor (15), Kedah (10), Pulau Pinang (5), Melaka (4), Pahang (4), Kelantan (3), Kuala Lumpur (3), Sabah (2), Sarawak (2), Terengganu (1) dan Putrajaya (1).
Sebanyak 7,164 pesakit Covid-19 dirawat di hospital. Kadar penggunaan hospital berada pada 62.8% dengan 57.1% kes berkaitan virus itu.
Seramai 390 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan 219 memerlukan bantuan alat pernafasan. – 20 Mac, 2022.
Komen