MALAYSIA merekodkan 24,241 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam, berbanding 27,004 pada hari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan.
Laman web CovidNow menunjukkan terdapat 59 kematian berkaitan virus semalam, 13 daripadanya kematian luar hospital.
Jumlah kes aktif kini 294,366 manakala jumlah keseluruhan kes kematian 34,244.
Data GitHub kementerian menunjukkan Selangor merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 7,430, diikuti Kuala Lumpur (2,757) dan Pulau Pinang (2,306).
Negeri lain yang turut merekodkan kes baharu adalah Johor (1,621), Kedah (1,529), Kelantan (625), Melaka (645), Negri Sembilan (1,502), Pahang (1,000), Perak (1,703), Perlis (128), Sabah (596), Sarawak (1,316), Terengganu (858), Labuan (83) dan Putrajaya (142).
Untuk hari ketiga berturut-turut, Perak mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 15 kes.
Kes kematian turut direkodkan di Selangor (12), Johor (11), Kelantan (6), Melaka (5), Pahang (3), Negri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak (masing-masing 2) dan Kelantan (1).
7,600 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital. Kadar penggunaan katil hospital berada pada 66.1%, yang mana 61.1% adalah berkaitan dengan virus.
Sebanyak 383 kes durawat di unit rawatan rapi, 222 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.– 19 Mac, 2022.
Komen