UK tarik balik semua sekatan perjalanan Covid-19


United Kingdom menarik semula sekatan perjalanan Covid-19 apabila pelancong yang tiba tidak lagi perlu mengisi borang lokasi keberadaan meskipun tidak menerima suntikan vaksin. – Gambar EPA, 18 Mac, 2022.

PELANCONG yang tiba di United Kingdom (UK) tidak lagi perlu mengisi borang lokasi keberadaan meskipun tidak menerima suntikan vaksin berikutan pemansuhan sekatan perjalanan Covid-19 hari ini.

Mereka juga tidak perlu mengambil ujian saringan atau mengisi borang pra-penerbangan ketika berada di negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Perjalanan tanpa sekatan itu diumumkan selepas hampir dua tahun pandemik Covid-19 melanda dan sejak orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perjalanan antarabangsa yang tidak penting pada Mac 2020.

Sementara itu, menurut Jabatan Pengangkutan, pelbagai “langkah kontingensi” akan dilaksanakan jika perlu, dengan mengambil “tindakan pantas dan berkadar” bagi menangani varian baharu.

“Kita tidak akan mengekalkan sekatan perjalanan—memberikan lebih banyak kebebasan untuk pelancong menjelang cuti Easter,” kata Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps. – Bernama, 18 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen