Lebih 15.4 juta populasi dewasa terima dos penggalak


Sejumlah 22,940,801 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2022.

SEBANYAK 15,425,524 individu dewasa atau 65.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 22,940,801 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan semalam meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 86 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Perak tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Selangor 14 kes, Kedah (10), Melaka (lapan) dan Johor (tujuh).

Selain itu, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu masing-masing melaporkan enam kes, Negeri Sembilan (empat), Pahang (dua) manakala satu kes direkodkan di Kuala Lumpur. – Bernama, 18 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen