27,004 kes baharu Covid-19


Alfian Z.M. Tahir

Selangor sekali lagi merekodkan jumlah kes tertinggi diikuti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2022.

SEBANYAK 27,004 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, lebih rendah berbanding 28,298 kes sehari sebelumnya.

Menurut data laman web CovidNow Kementerian Kesihatan, angka terkini menjadikan jumlah kumulatif kes sejak permulaan wabak itu kepada 3,927,437.

86 kes kematian turut dilaporkan semalam dengan 35 kes diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital.

Kementerian itu berkata semua kematian yang dilaporkan berlaku dalam masa sehari, namun dilaporkan kepada kementerian dalam tempoh 72 jam oleh pusat perubatan.

Jumlah keseluruhan kes kematian kini 34,185.

Selangor sekali lagi merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,558, diikuti Kuala Lumpur (3,266) dan Pulau Pinang (2,315).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (1,990), Kedah (1,916), Negeri Sembilan (1,882), Perak (1,561), Sarawak (1,484), Pahang (1,434), Kelantan (863), Sabah (769), Terengganu (764), Melaka (750), Perlis (171), Putrajaya (150) dan Labuan (131).

Sementara itu, Perak masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi selama dua hari berturut-turut iaitu 16 kes, yang mana empat daripadanya meninggal dunia di luar hospital.

Selangor mencatatkan 14 kematian, diikuti Kedah (10), Melaka (8), Johor (7), Terengganu, Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan (masing-masing 6), Negeri Sembilan (4), Pahang (2), dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian berkaitan Covid dilaporkan di Perlis, Sarawak, Putrajaya dan Labuan.

Sehingga tengah malam, sebanyak 296,799 kes aktif direkodkan. Daripada jumlah ini, 373 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 225 memerlukan alat bantuan pernafasan.

29,450 kes pulih turut direkodkan.– 18 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen