AHLI Parlimen Pengerang Azalina Othman Said didapati positif Covid-19 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengesahkan perkara itu selepas menerima keputusan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR).
“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini.
“Saya memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Azalina awal hari ini hadir pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat.
Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin menjawab jumlah kematian yang berlaku di pusat tahanan sejak lima tahun lalu dan langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Imigresen bagi memastikan keselamatan tahanan.
Semua ahli Parlimen dan pembantu mereka yang menghadiri Parlimen diwajibkan menjalani saringan wajib Covid-19 setiap Isnin dan Rabu, yang dikendalikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan. – 17 Mac, 2022.
Komen