Harga RON97 RM4 seliter mulai esok


HARGA runcit petrol RON97 terus meningkat iaitu sebanyak 25 sen mulai esok, umum Kementerian Kewangan hari ini.

Bagaimanapun harga RON95 dan diesel kekal tidak berubah iaitu masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter di bawah subsidi kerajaan.

Harga baharu ini akan berkuat kuasa mulai esok hingga 23 Mac.

Harga bahan api global berada pada paras tertinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini berikutan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine. – 16 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen