KKM lapor 26,534 kes baharu Covid-19


Alfian Z.M. Tahir

Jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan wabak Covid-19 kini mencecah kepada 3,872,135. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mac, 2022.

MALAYSIA mencatatkan kes harian Covid-19 di bawah 30,000 selama empat hari berturut-turut semalam dengan mencatatkan 26,534 jangkitan, meningkat sedikit daripada 22,030 yang dicatatkan sehari sebelumnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web CovidNow, angka terkini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan wabak itu kepada 3,872,135.

Jumlah kematian yang dilaporkan semalam ialah 95 di mana 23 kes meninggal dunia di luar hospital.

KKM menjelaskan semua kematian yang dilaporkan selama sehari berlaku dalam sehari tetapi dilaporkan oleh kemudahan perubatan kepada kementerian dalam tempoh 72 jam.

Angka kematian kini mencecah 33,994 orang.

Mengenai pecahan jangkitan baharu semalam, Selangor sekali lagi melaporkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,217, diikuti Kuala Lumpur (2,892) dan Kedah (2,391).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Pulau Pinang (2,324), Johor (2,241), Sarawak (1,867), Negeri Sembilan (1,547), Perak (1,296), Kelantan (1,212), Pahang (1,055), Terengganu (826), Melaka (635), Sabah(591), Perlis (186), Putrajaya (183) dan Labuan (71).

Selangor juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu 21, dengan lima daripadanya adalah kes kematian di luar hospital.

Johor mencatatkan 16 kematian, Perak (14), Kedah (10), Pulau Pinang (8), Sabah (5), Melaka, Pahang, Perlis (masing-masing 4), Negeri Sembilan dan Sarawak (masing-masing 3), Kelantan (2), Terengganu (1).

Tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam, terdapat 304,147 kes aktif. Daripada jumlah ini, 376 berada di unit rawatan rapi, dengan 222 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat juga 31,234 pesakit pulih. – 16 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen