DUN Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak akan dibubar, kata PAS


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan DUN Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah kerajaan PAS tidak akan dibubar sehingga tamat tempohnya bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2022.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan dibubar sehingga tamat tempohnya, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ketiga-ketiga negeri itu berada di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Abdul Hadi berkata pendirian itu dibuat bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“PAS mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik,” katanya dalam kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook beliau. – Bernama, 15 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen