KIRA-KIRA 22,030 kes Covid-19 dilaporkan semalam, terendah sejak 15 Februari, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web CovidNow.
Angka terbaru semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak permulaan wabak itu kepada 3,845,601.
Jumlah kematian yang dilaporkan semalam adalah 92 dengan 33 kes kematian di luar hospital.
KKM menjelaskan semua kematian yang dilaporkan berlaku dalam sehari tetapi dilaporkan oleh kemudahan perubatan kepada kementerian dalam tempoh 72 jam.
Ini bermakna 92 kematian berlaku dalam tempoh tiga hari lepas.
Angka kematian kini mencecah 33,899.
Mengenai pecahan jangkitan baharu semalam, Selangor melaporkan jumlah kes terbanyak iaitu 4,388 diikuti Johor (2,419) dan Kedah (2,382).
Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Kuala Lumpur (2,214), Pulau Pinang (2,137), Negeri Sembilan (1,359), Terengganu (1,222), Pahang (1,151), Perak (1,122), Kelantan (1,086), Sarawak (965), Sabah (622), Melaka (564), Putrajaya (159), Perlis (153), dan Labuan (87).
Sementara itu, Kedah mencatatkan jumlah kematian terbanyak iaitu 28, dengan 11 daripada kematian di luar hospital.
Johor mencatatkan 15 kematian, Selangor (14), Pulau Pinang (7), Perak (6), Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah (masing-masing 5), Sarawak dan Terengganu (masing-masing 3) dan Kelantan (1).
Tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Melaka, Perlis, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam, terdapat 308,942 kes aktif. Daripada jumlah ini, 388 berada di unit rawatan rapi, dengan 215 memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, dilaporkan 33,872 pesakit pulih. – 15 Mac 2022.
Komen