Perancis tawar dos ke-4 untuk warga emas


Perancis menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 untuk warga emas berusia 80 tahun ke atas. – Gambar AFP, 13 Mac, 2022.

PERANCIS menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada warga emas berusia atas 80 tahun yang menerima dos penggalak mereka lebih daripada tiga bulan, kata perdana menteri semalam.

Jean Castex memberitahu akhbar Le Parisian yang kumpulan itu masih lagi dicadangkan memakai pelitup muka ketika Perancis mula melonggarkan sekatan Covid-19.

Negara Eropah itu pada Isnin lepas mula mengeluarkan pas vaksin, bukti seseorang sudah menerima tiga dos vaksin yang diperlukan bagi memasuki ruang awam seperti pawagam dan restoran.

Pas serupa turut diperlukan bagi memasuki hospital atau rumah persaraan bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi.

Bermula 14 Mac, pelitup muka hanya diperlukan untuk pengangkutan awam tetapi tidak lagi diwajibkan pemakaian di tempat kerja atau sekolah.

Perancis melaporkan lebih 23 juta kes Covid-19 dengan lebih 140,000 korban.

Presiden Emmanuel Macron berkemungkinan besar akan menggunakan kejayaannya menguruskan pandemik pada kempen pemilihan semula presiden bulan depan, walaupun perang Rusia-Ukraine kini membayangi kempen itu. – AFP, 13 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen