PH akan menang jika tempoh kempen dilanjutkan, kata Kit Siang


Veteran DAP Lim Kit Siang berkata jika tempoh berkempen dilanjutkan seminggu, keputusan pilihan raya Johor mungkin berbeza berbanding malam ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2022.

TAMBAHAN seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mungkin memberikan keputusan berbeza malam ini, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan menang jika ada tambahan tujuh hari untuk kempen itu.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata rakyat Johor sudah mula sedar mereka tidak boleh sokong pemimpin kleptokrat.

“(Jika menang) keputusan itu menjelaskan yang orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan propaganda negatif terhadap PH. Ini juga menunjukkan orang ramai mahu lihat perubahan di Johor dan di Malaysia.”

“BN tidak akan menang jika kita ada tambahan seminggu berkempen,” katanya kepada pemberita di pusat operasi PH malam ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 42 kerusi di 56 DUN, dengan 12 dimenangi PH dan tiga untuk Perikatan Nasional.

DAP kalah tiga kerusi iaitu di Yong Peng, Kukup, Paloh dan Pekan Nenas tetapi berjaya pertahankan 11 kerusi.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, membuat penampilan sulungnya dalam PRN dengan mengekalkan kerusi Perling untuk parti itu buat penggal kedua. – 12 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen