2,135 masuk hospital kerana Covid-19 semalam


Alfian Z.M. Tahir

KEMASUKAN ke hospital kerana Covid-19 di seluruh negara terus meningkat kepada 2,135 kes baharu semalam berbanding 2,048 kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 1,302 adalah kes kategori 1 dan 2 dan baki 833 kes lagi adalah kategori 3, 4 dan 5.

Selangor sekali lagi merekodkan kemasukan baharu tertinggi dengan 311 pesakit, diikuti Perak (249) dan Johor (225).

Negeri dan wilayah lain melaporkan kemasukan ke hospital adalah Kelantan (160),
Pahang (116), Kedah (145), Kuala Lumpur (191), Negeri Sembilan (119), Sabah (122), Sarawak (129), Pulau Pinang (167), Terengganu (73), Melaka (68), Perlis (30), Putrajaya (22) dan Labuan (8).

Dr Noor Hisham berkata daripada 32,800 kes baharu semalam, 12,726 adalah kategori 1, 19,891 (kategori 2), 70 (kategori 3), 78 (kategori 4) and 35 (kategori 5).

Daripada 183 kes baharu Covid-19 dalam kategori 3,4 dan 5, 35 daripada mereka tidak divaksin atau belum divaksin penuh.

Tambahnya, 80 kes lagi sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“62 kes menerima dos penggalak sementara 103 kes lagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas.

“73 lagi mempunyai komobiditi dan dua kes melibatkan ibu mengandung.” – 12 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen