KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan 32,800 kes baharu semalam, meningkat berbanding 30,787 kes sehari sebelumnya.
Menurut data dipaparkan di laman web CovidNow, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,774,786.
Negara turut menyaksikan sedikit peningkatan dalam kematian baharu Covid-19 dengan 76 kes berbanding 70 sebelumnya, menjadikan jumlah kematian kepada 33,643.
Negara merekodkan 21 kes kematian di luar hospital.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi semalam, iaitu 9,120, diikuti Kuala Lumpur (3,349) dan Pulau Pinang (2,750).
Negeri lain ialah Johor (2,566), Kedah (2,508), Pahang (2006), Negeri Sembilan (1,973), Sarawak (1,745), Kelantan (1,580), Perak (1,494), Sabah (1,176), Terengganu (1,100), Melaka (838), Labuan (113), Perlis (251) dan Putrajaya (231).
Daripada 76 kematian, Kedah melaporkan jumlah tertinggi iaitu 15, diikuti Selangor (14), Perak (10), Johor (8), Sabah dan Negeri Sembilan (5), Kuala Lumpur (4), Pulau Pinang dan Perlis (masing-masing 3), Kelantan, Melaka, Pahang dan Sarawak (masing-masing 2) dan Terengganu (masing-masing 1).
Tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam, terdapat 322,700 kes aktif dengan 231 berada di unit rawatan rapi dan 149 memerlukan bantuan pernafasan.
Turut dilaporkan sebanyak 24,444 pesakit pulih daripada Covid-19. – 12 Mac, 2022.
Komen