SETIAUSAHA Luar Filipina Alan Cayetano menjelaskan usaha terbaru menuntut Sabah di negaranya tidak menggambarkan pendirian sebenar Manila, kata Menterli Luar Anifah Aman.
Anifah berkata beliau didekati Cayetano di Singapura ketika pertemuan peringkat Menteri Asean baru-baru ini yang menjelaskan perkara itu, menambah yang Cayatano “tidak mahu satu kenyataan memburukkan hubungan kita.”
Cayetano merujuk kepada rancangan salah seorang bekas senator yang mencadangkan pindaan Perlembagaan Filipina bagi menuntut Sabah dan menjadikannya salah sebuah daripada 13 negeri di Filipina.
Kedua-dua pemimpin itu bertemu selepas Anifah mengeluarkan kenyataan yang Sabah dan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan Filipina.
“Dia (Cateyano) berkata ini adalah kerana politik dan seseorang cuba menonjolkan dirinya. Tetapi kerajaan (Filipina) tidak terlibat dalam kenyataan itu dalam sebarang cara.
“Katanya, Malaysia dan Filipina menikmati hubungan dua hala yang baik. Jadi dia tidak mahu satu kenyataan memburukkan hubungan kita,” katanya. – 9 Februari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Hana ghaoul · Ulasan
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Hana ghaoul · Ulasan