KEMASUKAN pesakit Covid-19 ke hospital meningkat dengan 2,048 kes semalam, berbanding 1,929 kes pada hari sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah itu, 1,277 kes kategori 1 dan 2, sementara 771 kes kategori 3, 4 dan 5.
Sebanyak 302 pesakit dimasukkan ke hospital di Selangor, diikuti 259 di Perak dan Johor (228).
Negeri lain yang turut melaporkan kemasukan pesakit di hospital ialah Kelantan (144), Pahang (133), Kedah (173), Kuala Lumpur (152), Negeri Sembilan (133), Sabah (96), Sarawak (103), Pulau Pinang (136), Terengganu (101), Melaka (45), Perlis (11), Putrajaya (31) dan Labuan (1).
Dr Noor Hisham berkata daripada 30,787 kes harian dilaporkan, sebanyak 10,921 kes kategori 1, sementara kategori 2 (19,642), kategori 3 (93), kategori 4 (74) dan kategori 5 (57).
Daripada 224 kes baharu kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan, 58 membabitkan individu tidak vaksin atau tidak lengkap vaksin.
Katanya, 94 kes sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum mengambil suntikan dos penggalak.
“Sebanyak 72 kes sudah menerima dos penggalak sementara 122 kes individu berusia 60 tahun ke atas.
“Sebanyak 96 kes ada komorbid dan dua kes membabitkan ibu hamil.” – 11 Mac, 2022.
Komen