MALAYSIA merekodkan 30,787 kes baharu Covid-19 semalam, meningkat sedikit berbanding 30,246 kes sehari sebelumnya.
Menurut laman web CovidNow ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,741,986.
Negara turut menyaksikan penurunan kematian Covid-19 kepada 70 kes turun daripada 113 sebelum ini menjadikan jumlah kematian kepada 33,567.
Sebanyak 19 kes kematian luar hospital (BID) turut direkodkan.
Selangor merekodkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 7,525 kes diikuti Kedah (2,927) dan Pulau Pinang (2,773).
Negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan adalah Johor (2,220), Kuala Lumpur (2,919), Negeri Sembilan (2,115), Sarawak (1,963), Kelantan (1,637), Pahang (1,601), Perak (1,469), Sabah (1,154), Terengganu (1,236), Melaka (732), Labuan (129), Perlis (248), dan Putrajaya (139).
Daripada 70 kematian, Perak melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan 20, diikuti Selangor (11), Johor (10), Kelantan (9), Kedah (7), Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing 4), Pahang (3) dan Perlis dan Terengganu (masing-masing 1).
Tiada kes kematian direkodkan di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Setakat tengah malam, terdapat 314,420 kes aktif. Daripada jumlah ini, 389 berada di unit rawatan rapi (ICU), dengan 229 memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 26,457 kes pulih turut direkodkan. – 11 Mac, 2022.
Komen