Had waktu operasi premis perniagaan mansuh 1 April, kata PM


Pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis bermula 1 April 2022. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2022.

HAD waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April, 2022, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini. 

Beliau berkata pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. 

“Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar,” katanya pada sidang media khas mengenai fasa ‘Peralihan ke Endemik’ hari ini. 

Ismail Sabri berkata fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ (strategi keluar daripada pandemik) untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19. – Bernama, 8 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen