Umno selar dakwaan sabotaj kerusi Permatang Pauh 


Looi Sue-Chern

Ketua bahagian Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata dakwaan mensabotaj kerusi Permatang Pauh adalah tidak berasas.– Gambar Youtube, 9 Februari, 2018. 

UMNO Permatang Pauh hari ini menafikan dakwaan lebih 800 pengundi polis dipindahkan ke kawasan Parlimen itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Ketua bahagiannya Mohd Zaidi Mohd Said berkata terdapat hanya 929 pengundi polis di Permatang Pauh, dan jika dakwaan itu benar, jumlahnya pasti lebih tinggi.

“Sebelum ini terdapat lebih 700. Jadi sekiranya lebih 800 anggota ditukarkan dari pulau ke Permatang Pauh, kita sepatutnya mempunyai kira-kira 1,600 pengundi polis atau lebih bukan?

“Tetapi 929 merupakan angka yang dikemaskini, yang terkini. Ini sahaja yang kita ada sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Semalam, pemimpin PKR mendedahkan mereka diberi satu rakaman audio yang mencadangkan terdapat satu cubaan mensabotaj kerusi, di kawasan kubu kuat yang sinonim dengan ketua de facto PKR dan Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim. 

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang dan Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata, rakaman itu adalah daripada jentera pilihan raya Umno cawangan. 

Rakaman berdurasi satu minit 17 saat itu mengandungi sebahagian daripada ucapan oleh seorang individu yang mengesa pendengarnya merahsiakan bahawa terdapat lebih 800 pengundi polis dari “Tanjung dan Datuk Keramat dan Penang Road, ditukarkan secara rahsia ke Permatang Pauh”.

The Malaysian Insight turut bertanyakan soalan itu kepada polis negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung dakwaan PKR berdasarkan klip audio berkenaan. 

Zaidi berkata, mungkin terdapat anggota polis yang tinggal di atau berhampiran Permatang Pauh, namun bertugas di pulau. 

Kita mempunyai empat balai polis yang mempunyai kuarters iaitu di Seberang Jaya, Kubang Semang, Bandar Perda dan Bukit Mertajam. 

“Saya rasa Dr Afif tidak membuat semakan selepas menerima rakaman itu. 

“Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, jika terdapat “operasi gelap” untuk memindahkan pengundi polis, kita akan mempunyai lebih daripada 929 jumlah pengundi. 

Perang psikologi

Bagaimanapun, Zaidi tidak menafikan kandungan rakaman berkenaan, apabila ditanya mengenai pengucap yang meminta pendengarnya merahsiakan dakwaan pertukaran pengundi polis.

Katanya, ketika pemimpin bercakap dengan ahli akar umbi untuk mempersiapkan jentera pilihan raya, mereka perlu membangkitkan semangat dan keyakinan ahli. 

“Kita perlu jadikan ahli, yang akan berkempen, percaya bahawa kita mempunyai peluang yang cerah. Kita perlu berikan keyakinan bahawa kemenangan adalah tidak mustahil. 

“Jadi, kita kongsikan mereka fakta yang hanya permukaan. Butiran jelas maklumat itu adalah untuk 

“Oleh itu, kami berkongsi dengan mereka fakta-fakta yang hanya di permukaan. Maklumat yang lebih terperinci adalah untuk mengetahui lebih tinggi.

“Ini adalah perang psikologi kami sendiri. Tetapi nampaknya Dr Afif sudah percaya dengannya. Beliau juga percaya yang kita boleh menang.”

Parti PH, termasuk PKR telah menyatakan kebimbangan PRU14 akan dimanipulasi, dengan pengundi dipindahkan masuk dan keluar daripada kawasan mereka untuk memberi kelebihan kepada pakatan pemerintah Barisan Nasional. 

Pembangkang sebelum ini mengetengahkan isu persempadanan semula pilihan raya di Selangor, dan beberapa perkara lain, seperti pertukaran pusat mengundi pengundi. 

Zaidi, dalam kenyataan berasingan berkata, PKR perlu lebih bimbangkan bekas sekutunya PAS. 

“Mereka sepatutnya lebih risau terhadap lebih 8,000 penyokong PAS tidak menyokong PKR.”

Berikutan perpecahan Pakatan Rakyat, parti Islam itu tidak lagi bekerjasama dengan PKR dan DAP, dan enggan bekerjasama dengan PH. 

PAS minggu lalu mengumumkan secara rasmi akan bertanding di Permatang Pauh pada PRU14. – 9 Februari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen