33,406 kes baharu Covid-19 semalam, lapor KKM


Ravin Palanisamy

MALAYSIA merekodkan jangkitan Covid-19 yang tinggi buat tiga hari berturut-turut apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 33,406 kes baharu semalam.

Pada Khamis, Malaysia memecahkan semua rekod sebelum ini dengan mencatatkan 32,467 jangkitan harian, melebihi jumlah pada Jumaat dengan 33,209 jangkitan.

Ini menjadikan beban jangkitan ditanggung Malaysia kepada 3.59 juta.

Sementara itu, KKM turut melaporkan 67 kematian Covid-19, di mana 23 diisytiharkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital (DOA).

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bukan semua kematian harian berlaku dalam satu hari tetapi dilaporkan oleh kemudahan perubatan kepada kementerian dalam tempoh purata 72 jam.

Ini bermakna 67 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tempoh tiga hari lepas.

Jumlah kematian terkini menjadikan bilangan kematian akibat Covid-19 kepada 33,173, manakala jumlah DOA sebanyak 6,853.

Daripada jumlah rekod jangkitan yang dilaporkan, Selangor menjadi negeri tertinggi hampir kepada 30 peratus kes.

Negeri yang paling ramai penduduk itu mencatatkan 9,651 kes, diikuti Kuala Lumpur (3,603) dan Kedah (2,946).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (2,713), Pulau Pinang (2,621), Sabah (1,778), Pahang (1,619), Negeri Sembilan (1,565), Kelantan (1,550), Perak (1,491), Sarawak (1,455), Melaka (931), Terengganu (856), Labuan (267), Perlis (228) dan Putrajaya (132).

Selangor juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 14, diikuti Kedah (12) dan Johor (10).

Perak mencatatkan lapan kematian diikuti Sabah (7), Melaka dan Perlis (masing-masing 4), Kelantan dan Pahang (masing-masing 3), Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (masing-masing 1).

Tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu sebanyak lima kes DOA dilaporkan masing-masing di Selangor dan Sabah, diikuti Kedah (4), Kelantan, Melaka, Perak (masing-masing 2), Johor, Negeri Sembilan and Perlis (masing-masing 1).

Kadar kematian adalah pad akadar 0.2 peratus manakala kadar kematian terkumpul pada 0.9 peratus. – 6 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen