AMANAH Sabah hari ini mengumumkan dua kerusi persekutuan dan tiga negeri yang dirancang untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berikutan penyelesaian perbincangan mengenai kerusi dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).
Parti itu mengintai kerusi Parlimen Batu Sapi dan Kalabakan dan kerusi negeri Merotai, Bugaya dan Sekong, semuanya dipegang oleh parti Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Amanah Sabah, Abdillah Matlin berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan pembahagian kerusi dengan sekutu Amanah di Sabah, termasuk PKR dan DAP negeri, pada 9 Disember.
Bagaimanapun, tawaran parti untuk kerusi negeri Sekong belum selesai, yang menanti rundingan dengan PKR Sabah.
“Kami masih mempertimbangkan untuk bertanding di Sekong.
“Tetapi kita akan membawa hal ini lagi ke meja perundingan dengan PKR Sabah, yang meletakkan calonnya pada PRU13,” kata Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
Amanah, parti serpihan PAS, adalah pendatang baru politik di Sabah dan berpusat di Sandakan di pantai timur negeri itu sejak 2015. Ia diketuai oleh bekas pemimpin PAS Hamzah Abdullah.
Menurut Abdillah, Hamzah dilihat sebagai calon terbaik untuk Batu Sapi kerana beliau mendapat sokongan di sana.
Batu Sapi kini dipegang oleh Linda Tsen daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), manakala Abdul Ghapur Salleh Umno adalah penyandang di Kalabakan.
Di kerusi negeri Merotai, komponen BN Parti Liberal Demokrat menang pada 2013 dalam pertembungan enam penjuru yang sukar disertai ramai calon bebas. Adunya adalah Pang Yuk Ming.
Bugaya pada 2013 juga menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon bebas dengan Ramlee Marhaban (Umno), yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,503 undi.
Umno memenangi Sekong melalui Samsuddin Yahya dengan majoriti 3,530 undi dalam pertarungan lima penjuru.
Walaupun kebanyakan parti PH sudah menyelesaikan rundingan kerusi mereka, pakatan negeri masih menunggu untuk membincangkan peruntukan kerusi dengan Warisan dan perlu berbuat demikian sebelum hari penamaan calon. – 9 Februari, 2018.
Komen