MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin akan bertemu ibu bapa mendiang Ravnesh Kumar, 13, yang didakwa meninggal dunia selepas mengambil vaksin Covid-19.
Khairy berkata mesyuarat itu dijangka berlangsung di pejabatnya di Putrajaya esok.
“Saya akan bertemu bapa remaja itu Naresh Kumar dan ibu Vijayarani Govindan esok di pejabat saya esok.
“Saya ingin berkongsi butiran kematian remaja itu dengan ibu bapa terlebih dahulu kerana ini adalah peribadi,” kata Khairy pada sidang media di Hospital Serdang hari ini.
The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan bahawa ibu bapa remaja tersebut percaya bahawa anak mereka meninggal dunia akibat vaksin Covid-19.
Mereka menuntut jawapan daripada Kementerian Kesihatan kerana punca kematian anak mereka tidak diketahui walaupun telah melakukan bedah siasat. – 3 Mac, 2022.
Komen