JUMLAH kes baharu Covid-19 di Sarawak kekal empat digit apabila 1,357 kes dilaporkan hari ini berbanding 1,248 kes semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga daerah mencatatkan jumlah kes tiga angka iaitu Kuching dengan 436 diikuti Miri (270) dan Sibu (194).
Pertambahan angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di Sarawak sebanyak 262,417.
“Daripada jumlah kes baharu itu, enam kes melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator,” menurut JPBN Sarawak. – Bernama, 2 Mac, 2022.
Komen