SPR perketat SOP ceramah, susahkan pembangkang dekati pengundi


Chan Kok Leong

PAKATAN Harapan mungkin terpaksa melupakan majlis ceramah mereka apabila Prosedur Operasi Standard (SOP) pilihan raya kini melarang lebih 100 orang menghadiri perhimpunan ini.

SOP ini diperhalusi termasuk penganjur, penceramah, pengendali dan tetamu, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataannya SPR berkata ceramah hanya boleh diadakan di dalam atau di sekitar premis.

“Jumlah kehadiran tidak boleh melebihi 100 orang atau 50% kapasiti premis,” kata SPR.

SPR berkata SOP pilihan raya yang disemak semula dicadangkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah bagi memastikan ruang mencukupi untuk penjarakan sosial satu meter.

Mereka menambah ceramah tidak boleh melebihi tengah malam dan tidak dibenarkan di kawasan terbuka atau awam.

SPR berkata SOP itu berkuatkuasa serta-merta. 

SOP baharu itu berkesan menghentikan kebanyakan acara ceramah PH kerana berdasarkan acara malam Selasa di Kota Iskandar terdapat lebih 100 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai penguat kuasa, wartawan dan pekerja parti.

Daripada tiga parti utama PH dilihat gemar mendekati pengundi semasa kempen pilihan raya melalui ceramah umum dan diketahui menarik puluhan ribu semasa pilihan raya 2018.

Walaupun jumlah penyokong awam sangat sedikit KKM tetap mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM1,000 setiap seorang akan dikeluarkan kerana melanggar SOP Covid-19.

Menurut Malaysiakini kompaun itu dikeluarkan kerana beberapa penceramah tidak memakai topeng muka semasa berucap, penganjur gagal menyediakan pintu masuk dan keluar yang betul dengan kod MySejahtera serta penjarakan sosial yang tidak mencukupi antara kerusi.

Tetapi semasa PH didenda semalam Perikatan Nasional (PN) tidak berdpean sebarang masalah semasa pelancaran manifestonya di sebuah hotel di Johor Bahru.

Walaupun acara PN disertai hampir 150 orang termasuk wartawan, penganjur dan ahli parti, ia berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Menariknya pengerusi PN Muhyiddin Yassin turut berucap pada majlis pelancaran dan sidang media berikutnya tanpa menggunakan topeng.

Tidak jelas sama ada KKM mengeluarkan sebarang kompaun kepada pakatan itu. – 2 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen