ENAM lelaki direman empat hari kerana disyaki memberi rasuah secara bulanan antara RM500 hingga RM15,000 kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Utara dan Zon Selatan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka kerana melakukan aktiviti mencuri elektrik membabitkan perlombongan bitcoin serta operasi kilang kayu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Menurut sumber, kesemua lelaki berumur lingkungan 29 hingga 67 tahun itu ditahan oleh SPRM Perak dalam Op Power di beberapa lokasi semalam dan siasatan awal mendapati jumlah keseluruhan wang rasuah yang telah diberikan kepada pegawai TNB ialah RM153,500.
Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu. – Bernama, 1 Mac, 2022.
Komen