KKM lapor 1,559 kemasukan baharu ke hospital akibat Covid-19


Aminah Farid

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan 1,559 kemasukan baharu berkaitan Covid-19 ke hospital semalam.

Daripada jumlah keseluruhan kemasukan, 990 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala 569 kategori lebih serius 3, 4 dan 5.

Selangor melaporkan jumlah kemasukan baharu tertinggi dengan 223 kes, diikuti Pahang (194) dan Johor (161).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan unit rawatan rapi (ICU) adalah 65% daripada jumlah kapasiti 12,117 katil.

Beliau berkata penggunaan katil ICU tertinggi di Kelantan iaitu 94%, diikuti Johor (69%) dan Putrajaya (67%).

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara berada pada 1.08.

Noor Hisham menambah, 22,380 pesakit yang pulih dibenarkan discaj semalam. – 28 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen