JUMLAH kematian baharu Covid-19 menurun kepada 40 semalam manakala angka jangkitan harian menurun kepada 24,466 daripada 27,299 hari sebelumnya.
Daripada 40 kematian itu 17 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital. Angka kematian kini berjumlah 32,674 manakala jumlah keseluruhan jangkitan sejak wabak bermula kini 3.4 juta.
Kedah melaporkan lapan kematian diikuti oleh Johor (5), Pulau Pinang (5), Perak (4), Sabah (4), Kelantan (3), Pahang (3), Melaka (2), Selangor (2), Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (1) dan Terengganu (1).
Bagi kes baharu Selangor mendahului senarai dengan 6,823 jangkitan diikuti oleh Sabah (2,874), Kedah (2,060), Johor (1,818), Pulau Pinang (1,548), Negeri Sembilan (1,520), Pahang (1,461), Perak (1,330), Kelantan (1,146), Kuala Lumpur (1,123), Melaka (750), Terengganu (731), Sarawak (475), Perlis (321), Labuan (311) dan Putrajaya (175).
Setakat ini negara mencatatkan 300,653 kes aktif di mana 7,864 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dan 352 berada di unit rawatan rapi (ICU).
Daripada mereka yang berada di ICU, 193 menggunakan alat ventilator.
Negara juga mencatatkan 22,710 kes pulih. – 28 Februari, 2022.

Komen