1,624 kes Covid-19 masuk hospital, Selangor tertinggi


1,624 kes kemasukan ke hospital disebabkan Covid-19, setakat semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 1,624 kes kemasukan ke hospital disebabkan Covid-19, setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 1,026 adalah kes kategori 1 dan 2, dan baki 598 kes adalah kategori 3,4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 221, diikuti Perak (190) dan Johor (173).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar penggunaan ICU adalah 32% daripada jumlah penuh katil 11,617.

Katanya lagi, penggunaan katil ICU melebihi 50% kapasiti di Kelantan (94%), Melaka (71%), Johor (67%) dan Kuala Lumpur (58%).

Penggunaan katil untuk pesakit Covid-19 melebihi 50% di kebanyakan negeri.

Di Kuala Lumpur penggunaan katil adalah 79%, Kelantan (80%), Johor (75%), Sabah (67%), Pulau Pinang dan Putrajaya (65%), Selangor (64%), Melaka, Perak dan Terengganu (59%), dan 53% masing-masing di Perlis, Kedah dan Perlis.

Bagi jumlah kapasiti penuh hospital awam meliputi pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19, 49% katil bukan kritikal dan 61% ICU sedang digunakan.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught/R0) kekal 1.08.

Noor Hisham berkata seramai 22,710 pesakit dibenarkan keluar hospital setakat semalam. – 27 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen