India tamatkan sekatan apabila kes Covid-19 menurun


India menamatkan sekatan koronavirus selepas kes varian Omicron di negara itu menunjukkan penurunan. – Gambar EPA, 26 Februari, 2022.

INDIA mengumumkan penamatan semua sekatan koronavirus selepas data kerajaan menunjukkan kes varian Omicron baru-baru ini menurun.

Negara itu merekodkan 11,499 kes baharu harian dan 255 kematian, menurut statistik terkini kementerian kesihatan hari ini.

Pegawai tempatan di wilayah Delhi yang merekodkan 460 kes dan dua kematian semalam memutuskan untuk membatalkan perintah berkurung malam dan membenarkan restoran beroperasi pada kapasiti penuh.

Tempat ibadat agama juga dibenarkan dibuka semula. Sekolah akan berfungsi sepenuhnya mulai 1 April manakala denda untuk mereka yang tidak memakai topeng pelitup muka juga dikurangkan.

Pihak berkuasa pengurusan bencana kawasan itu menarik balik semua sekatan apabila keadaan bertambah baik dan kerana orang ramai mula berdepan kesukaran akibat kehilangan kerja, umum Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal di Twitter.

India dilanda wabak Covid-19 tahun lalu yang menyaksikan 200,000 orang terbunuh dalam beberapa minggu.

Sejak wabak itu melanda India secara rasmi merekodkan 42,905,844 dan 513,481 kematian menjadikan ia negara ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil. – AFP, 26 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen