DAP lancar kempen derma untuk tumpaskan gergasi MCA


Gan Pei Ling

DAP kini menjalankan enam kempen jana dana untuk tumpaskan MCA di kubu kuat mereka serta mencetak risalah 1MDB untuk edaran penduduk luar bandar.– Gambar campaign.ubah.my, 8 Februari, 2018.

DAP mempergiat usaha untuk menakluk kubu kuat MCA terutama di Bentong, Ayer Hitam dan Labis, serta kerusi marjinal Cameron Highlands pada pilihan raya umum akan datang dengan melancarkan laman sesawang jana derma hari ini.

Penolong Setiausaha Publisiti Nasional Yeo Bee Yin berkata rakyat boleh menderma secara langsung kepada kempen pilihan raya yang mereka mahu.

“Kami kini menjalankan enam kempen. Pertama ialah menyingkirkan Presiden MCA Liow Tiong Lai dari Bentong, atau bantu kami cetak lebih banyak risalah mengenai 1MDB supaya kami boleh edarkan kepada rakyat di kawasan pendalaman.

“Atau bantu kami untuk menyingkirkan (Naib Presiden MCA) Chua Tee Yong dari Labis, atau (Timbalan Presiden MCA) Wee Ka Siong dari Ayer Hitam, atau jatuhkan BN di Cameron Highlands, atau untuk derma kempen lagu tema kami,” kata Yeo kepada wartawan di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Menurut laman sesawang itu, DAP menyasarkan menjana RM100,000 setiap satu untuk Bentong (Pahang), Ayer Hitam (Johor), Labis (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang). – 8 Februari, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen