SATU kluster baharu Covid-19 membabitkan sebuah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di Lorong Siol Kandis di Kuching, dikesan di Sarawak hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kluster itu dikesan berpunca daripada sebuah keluarga di Kampung Pinang Jawa, manakala kes indeks dikesan menerusi saringan individu bergejala di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 15 Februari lalu.
“Jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan rapat dalam kalangan ahli keluarga kes dan kontak sosial serta kontak rakan sekolah kes positif yang terbabit.
“Seramai 29 individu disaring dalam kluster itu dengan sembilan didapati positif termasuk kes indeks,” menurut JPBN.
Sarawak hari ini mencatatkan 416 kes harian Covid-19. – Bernama, 24 Februari, 2022.
Komen