TIMBALAN Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal didapati positif Covid-19.
Menerusi ciapan di Twitter, Wan Ahmad Fayhsal berkata, keputusan itu diperoleh hasil ujian PCR yang dilakukannya semalam.
“Saya sudah membuat ujian PCR pada hari Rabu yang mengesahkan saya positif Covid-19. Buat rakan yang menemui saya sejak awal minggu, saya mohon agar anda turut buat isolasi dan ujian mengikut SOP (prosedur operasi standard).
“Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih,” katanya. – Bernama, 24 Februari, 2022.
Komen