MB Negeri Sembilan positif Covid-19


Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2022.

MENTERI Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun disahkan positif Covid-19 semalam.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Aminuddin, yang sudah menerima dos penggalak, sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga tamat tempoh yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan RT-PCR Covid-19 secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan RTK-Antigen dan mendapat keputusan negatif Covid-19 adalah pada Isnin (21 Februari),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan Aminuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh kuarantin. – Bernama, 24 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen