Jumlah kes aktif Covid-19 hampiri 300,000


JUMLAH kes aktif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 277,829 apabila Malaysia merekodkan 31,199 jangkitan baharu berbanding 20,399 kes pulih, kata ketua pengarah Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Kes aktif berkemungkinan melepasi paras 300,000 jika kes baharu terus mengatasi kes pulih mengikut trend semasa.

Menurut portal CovidNow, daripada kes aktif 265,339 (95.5%) menjalani kuarantin di rumah, 4,460 (1.6%) di pusat kuarantin dan 7,725 (2.8%) di hospital.

Noor Hisham berkata daripada 31,199 kes baharu itu, hanya 194 atau 0.62 peratus daripada kes berada dalam kategori lebih teruk iaitu 3, 4 dan 5.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 45 adalah sama ada tidak diberi vaksin atau tidak melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 108 telah melengkapkan dua dos vaksinasi tetapi tidak mendapatkan dos penggalak.

“Oleh itu, 153 daripada mereka dalam Kategori 3, 4 dan 5 sama ada tidak diberi vaksin, tidak melengkapkan vaksinasi dua dos mereka atau tidak mendapatkan dos penggalak,” kata KP kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, 31,005 kes berada dalam kategori bergejala kurang teruk atau kategori sederhana gejala 1 dan 2.

Sebahagian besar kes adalah dalam kategori 2.

Pecahan kes mengikut kategori seperti di bawah:

Kategori 1: 10,171 kes (32.60%);

Kategori 2: 20,834 kes (66.78%);

Kategori 3: 102 kes (0.32%);

Kategori 4: 46 kes (0.15%); dan

Kategori 5: 46 kes (0.15%).

Noor Hisham berkata, seramai 1,804 pesakit dimasukkan ke hospital itu, manakala 1,365 orang dibenarkan discaj setakat semalam.

Daripada jumlah kemasukan, 194 adalah dalam kategori 1; kategori 2 (989), kategori 3 (234), Kategori 4 (354) dan kategori 5 (33).

Selangor mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital paling ramai dengan 251, diikuti Sabah (239) dan Johor (237).

Negeri lain yang turut merekodkan kemasukan baharu adalah Perak (177), Kelantan (127), Pahang (126), Kedah (122), Pulau Pinang (119), Negeri Sembilan (106), Kuala Lumpur (104), Terengganu (67), Sarawak ( 40), Melaka (32), Perlis (29), Putrajaya (18) dan Labuan (10).

Bagi penggunaan unit rawatan rapi berkait Covid-19, Noor Hisham berkata lima negeri/wilayah telah melepasi paras 50%.

Kelantan mempunyai kadar penggunaan ICU tertinggi sebanyak 83%, diikuti Kuala Lumpur (65%), Johor (65%), Melaka (58%) dan Perlis (55%).

Mengenai kadar penggunaan katil khusus untuk kes Covid-19, Noor Hisham berkata daripada 12,029 katil yang disediakan di seluruh negara untuk kes tidak kritikal, 7,723 atau 64% daripadanya sedang digunakan.

Bagi ICU, daripada 838 katil yang tersedia di seluruh negara, 305 (36%) sedang digunakan, manakala daripada 11,017 katil di pusat kuarantin berisiko rendah, 4,486 (41%) telah digunakan.– 24 Februari, 2022.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen