Dr Mahathir bukan Mugabe, kata Anwar


Bede Hong

Penyokong Anwar Ibrahim menyatakan sokongan mereka terhadap bekas timbalan perdana menteri itu di luar bangunan Mahkamah Tinggi di Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Februari, 2018.

DR Mahathir tidak patut dibandingkan dengan diktator Zimbabwe yang digulingkan, Rober Mugabe, kata Anwar Ibrahim.

Mahathir bukan Mugabe. Mugabe tegas,” kata bekas timbalan perdana menteri itu kepada wartawan selepas perbicaraan hari ini terhadap permohonannya untuk membatalkan pendakwaan liwat keduanya.

“Mahathir bersedia untuk membuat perubahan penting. Saya fikir kerajaan sudah cukup menganiayanya,” kata Anwar secara ringkas terhadap pertanyaan seorang wartawan dari The New York Times.

Mugabe, 93 meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe berikutan rampasan kuasa tentera pada November tahun lalu.

Mugabe memerintah Zimbabwe sejak 1980 dan dipersalahkan kerana menyebabkan negara itu berada kancah ekonomi yang parah sehingga membawa kepada inflasi mencecah 100,000% pada 2008.

Dr Mahathir, 92, menjadi merupakan perdana menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003. 

Kedua-duanya digambarkan sebagai sekutu rapat dan pengkritik tegas terhadap apa yang mereka gelarkan imperialisme neo-kolonial Barat ke atas negara membangun.

Pada 2002, Malaysia adalah satu daripada empat negara yang menghalang Tony Blair mengusir Zimbabwe dari Komanwel atas alasan menyokong keganasan terhadap pemimpin pembangkang.

Pada 2004, Dr Mahathir mengesahkan penghantaran kayu balak hutan Malaysia bernilai AS$40,000 bagi pembinaan rumah agam Mugabe di ibu negara Zimbabwe, Harare.

“Terima kasih kepada sahabat baik saya, bekas perdana menteri Mahathir,” kata Mugabe dalam satu temubual di televisyen ketika itu.

Pada 2008, akhbar UK Sunday Telegraph melaporkan Mugabe menyalurkan kira-kira RM10 juta ke dalam akaun bank di Malaysia. Ia bagaimanapun dinafikan pihak berkuasa Malaysia dan Zimbabwe.

Dr Mahathir keluar Umno pada 2016. Bersama bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah yang juga anaknya, Mukhriz Mahathir, Bersatu ditubuhkan selepas kedua-duanya dipecat dari Umno.

Pada 14 Julai 2017, Dr Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan pada 7 Januari tahun ini beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan itu berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan pada 2015, pemimpin DAP Lim Kit Siang telah berkata, tempoh perkhidmatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ialah ketika Malaysia mula “mereput” disebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.

“Dan, Dr Mahathir perlu diingatkan ... yang beliau memusnahkan kebebasan, kesaksamaan dan profesionalisme bukan hanya badan kehakiman, tetapi institusi negara lain seperti polis, Suruhanjaya, agensi anti rasuan dan perkkhidmatan awam,” kata Lim ketika itu.

Dalam satu kenyataan pada minggu lepas pula, Lim berkata hanya Dr Mahathir yang mampu menggerakkan pengundi Melayu membantu PH menghadapi “gerrymandering (penentuan sempadan) dan amalan tidak demokratik.”

“Kalau Mahathir tidak boleh membawa gelombang perubahan di kalangan pengundi Melayu luar bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam masa 100 hari akan datang, tidak ada satu pun pemimpin lain boleh melakukan ‘Mission Impossible’ ini,” katanya dalam satu kenyataan. – 8 Februari, 2018.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen