27,179 kes baharu Covid-19, 43 kematian, kata KP kesihatan


Aminah Farid

Sebanyak 27,179 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,273,958, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Februari, 2022.

MALAYSIA melaporkan 27,179 jangkitan baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 3,273,958, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Negara ini melaporkan lebih 20,000 kes baharu harian sejak 11 hari lalu, dan sepanjang tempoh ini, jangkitan paling tinggi direkodkan ialah 28,825 pada 19 Februari.

Sebanyak 43 kematian akibat koronavirus dilaporkan semalam. Daripada jumlah itu, 20 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (DOA).

Jumlah kematian baharu itu menjadikan korban Covid-19 di negara ini kepada 32,433.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes jangkitan bahari itu, 27,007 adalah kes bagi kategori 1 dan 2 sementara 172 kes lebih teruk iaitu kategori 3, 4 dan 5.

Sejumlah kes jangkitan baharu adalah kategori 2.

Pecahan jumlah kes mengikut kategori seperti di bawah:

Kategori 1: 7,792 kes (28.67%);

Kategori 2: 19,215 kes (70.70%);

Kategori 3: 102 kes (0.37%);

Kategori 4: 43 kes (0.16%); and

Kategori 5: 27 kes (0.10%).

Daripada jangkitan baharu dilaporkan, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 5,568 diikuti Sabah (4,406) dan Johor (2,200).

Negeri dan wilayah lain ialah Kedah (2,583), Kelantan (2,043), Melaka (611), Negeri Sembilan (1,157), Pahang (1,668), Perak (1,025), Perlis (299), Pulau Pinang (2,601), Sabah (4,406), Sarawak (441), Terengganu (782), Kuala Lumpur (1,355), Labuan (277) dan Putrajaya (163).

Sementara itu, daripada kes baharu itu seramai 1,520 dimasukkan ke hospital semalam.

Sejumlah 195 kemasukan ke hospital bagi kategori 1, kategori 2 780), kategori 3 (193), kategori 4 (323) dan kategori 5 (29).

Sabah merekodkan jumlah kemasukan hospital tertinggi iaitu 190.

Walaupun Selangor merekodkan kes tertinggi jangkitan baharu, hanya 166 kes dimasukkan ke hospital.

Kes aktif pada masa ini ialah 267,084 dengan 254,520 (95.3%) daripadanya menjalani kuarantin kendiri, 4,704 (1.8%) di pusat kuarantin dan 7,574 (2.8%) di hospital.

Daripada 43 kes kematian, 12 dilaporkan di Sabah, diikuti Johor (9), Negeri Sembilan (4), Selangor (4), Kedah (3), Kelantan (3), Pulau Pinang (3), Melaka (2), Perak (2) dan Kuala Lumpur (1). – 23 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen