MALAYSIA mencatatkan 25,099 jangkitan baharu Covid-19 semalam, penurunan untuk hari kedua berturut-turut, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Negara kini mencatatkan lebih 20,000 kes harian dalam tempoh 11 hari yang lalu, dan dalam tempoh ini, rekod jangkitan harian tertinggi sebanyak 28,825 dilaporkan pada Sabtu, 19 Februari.
Secara keseluruhan, Malaysia melaporkan 3,246,779 kes sejak bermulanya pandemik Covid-19.
Terdapat juga 43 kematian yang dikaitkan dengan koronavirus dilaporkan semalam. Daripada jumlah itu, 13 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital
Ia menjadikan jumlah kematian Covid-19 terkini kepada 32,390.
Noor Hisham berkata daripada jangkitan baharu itu, 24,999 kes melibatkan kategori kurang teruk iaitu 1 dan 2, manakala 100 kes adalah kategori lebih serius iaitu 3, 4 dan 5.
Sebahagian besar kes baharu adalah dalam Kategori 2.
Pecahan kes baharu mengikut kategori:
Kategori 1 : 7,763 kes (30.93%);
Kategori 2 : 17,236 kes (68.67%);
Kategori 3 : 56 kes (0.23%);
Kategori 4 : 23 kes (0.09%);
Kategori 5 : 21 kes (0.08%).
Daripada kes baharu yang dilaporkan, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 5,535 kes, diikuti Sabah (4,770) dan Johor (2,697).
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Kedah (2,486), Kelantan (1,900), Pulau Pinang (1,752), Pahang (1,365), Negeri Sembilan (1,325), Kuala Lumpur (866), Terengganu (607), Perak (465), Melaka (403), Sarawak (294), Labuan (260), Perlis (219) dan Putrajaya (155).
Sementara itu, daripada kes baharu 1,510 orang dimasukkan ke hospital semalam.
Sebanyak 181 kemasukan adalah dalam Kategori 1, Kategori 2 (751), Kategori 3 (235), Kategori 4 (309) dan Kategori 5 (34).
Johor, yang akan mengadakan pilihan raya negeri pada 12 Mac, merekodkan jumlah kemasukan ke hospital Covid-19 paling ramai semalam dengan 227 kemasukan.
Walaupun Selangor mencatatkan jumlah jangkitan baharu paling banyak semalam, hanya 204 kemasukan dikaitkan dengan koronavirus.
Kadar kemasukan di negeri dan wilayah lain termasuk Sabah (186), Perak (169), Kelantan (132), Kedah (109), Kuala Lumpur (102), Pahang (89), Pulau Pinang (81), Negeri Sembilan (63), Terengganu (48), Sarawak (29), Perlis (27), Melaka (24), Putrajaya (17) dan Labuan (3).
Bagi penggunaan ICU berkaitan Covid-19, Noor Hisham berkata empat negeri melebihi paras 50%.
Ia adalah Johor (70%), Kelantan (61%), Kuala Lumpur (58%) dan Melaka (54%).
Kes aktif pula sebanyak 258,985 dengan 245,875 (94.9%) menjalani kuarantin di rumah, 5,055 (2.0%) di pusat kuarantin dan 7,783 (3.0%) di hospital.
Sementara itu, daripada 43 kematian akibat Covid-19, Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan 10 kematian.
Tujuh kematian dilaporkan di Kedah, lima di Sabah, masing-masing dua di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang, dan masing-masing satu di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan di Perak, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 13 kematian di luar hospital dilaporkan di Selangor dan Kedah (masing-masing 4), Johor, Kelantan, Penang, Sabah and Sarawak (masing-masing 1). – 22 Februari, 2022.

Komen